4 Mar 2013

Day 6 - Hafiz di HSB

today selain pada condition hafiz.ada 1 benda lg yang menyedihkan aku. CUMI DAH XDA ! :((

pagi time nak p klaz mak mesej gtau dah xda. aku ingatkan sebab dia sakit. 2 minggu lepas dia sakit kena sengat tebuan xsilap kami.sb tengah dk main tetiba dia kelopoq n darah kuaq kot hidung n mulut. tapi alhamdulillah..dalam seminggu lebih dia dah ok. mak aku wak p klinik cucuk suma.

n lepas 2 dia jadi pendiam cket. main dgn adik beradik dia yg lain pun xmau.diam ja. klu x dia la yg paling buas n garang. 1 lg dia rajin ikut mak aku. bayangkan kalau mak aku p siram pokok bunga kat luaq. dia ikut ja kaki mak aku xkira panas ke hujan ke. pantang nampak mak aku mesti dia ikut. berbeza sgt dengan dia b4 sakit. b4 sakit dia memang susah sangat orang nak pegang.

time dia jadi g2 kami ingat kot dia sakit effect dari sakit ari 2. lepas 2 myb dia nak 'berterima kasih' kat mak aku la kot. sb mak aku yang banyak jaga dia time dia sakit. tapi rupa2nya..dia nak 'tinggalkan' kami. huhu
patut la dia xmau main lagi dah dengan adik beradik dia yang len.. rupanya dia nak 'ajar' adik2 dia 'berjauhan' dari dia..

patut la dia asyik ikut mak aku..rupanya dia nak 'tinggalkan' kami semua. dia mati sebab kena langgar ngan keta kak aku. kak reverse xperasan dia dok berlari kt belakang kt adik2 dia, 1 lg yang pelik. b4 nie mmg dia xmain dah. diam ja. ari nie blh plak dia berlari rata. mungkin dah ajal dia dah kan.. redha ja.

tapi dia baik sangat.. dia paling debab.. bila aku tgk adik2 dia mula rasa sebak. huhu


ok dah xnak cita lagi pasal nie. dah melalut ke tajuk len dah nie.

petang nie p jap kat hospital. tapi aku xmasuk pun. p pun dah lewat dekat nak abeh time melawat dh.. cousin aku. kak yani (ibu hafiz) ajaq kami semua cara nak 'seludup' masuk. haha cara dia masuk ja wat xtau kat pak guard. jangan stop tny pak guard or gtau pak guard nk masuk blh x ke apa ka. masuk ja dengan penuh keyakinan macam kita nak jaga pesakit. hehe

aku p dengan mak sedara aku ( tok hafiz) dia sampai dari kelantan semalam n dengan 2 orang lagi adik beradik depa. so kami bagi peluang depa masuk sebab besok dah nak balik kelantan cuma mak sedara aku ja xblk lagi. aku n mak aku xmasuk pun. sembang ngan cousin aku kt luaq ja.

keadaan hafiz dah ok cket. perut x membuncit sangat dah. cuma sekarang kesian dekat dia time cucuk untuk masukkan antibiotik 2 ja. tangan dia memang xleh cucuk dah. coz dah bengkak teruk. so doktor masukkan jarum kt kaki plak. time masukkan antibiotik ja mesti kena sambil2 urut sb sakit. dia kena masukkan antibiotik yg paling kuat. so memang agak pekat. bila nak masukkan pun kena masukkan sekali dengan aiq.

cuma sekarang cousin aku gtau dia ok cket. sb dah ada tab. kalau doktor mai cucuk dia pun dia rileks ja mngadap tab dia..qalit men game sampai xsedar dah sakit 2. tapi petang td. time kami dah balik dh, cousin aku gtau yg time doktor masukkan antibiotik 2..jarum bocor..so kena cucuk len. mmg bertambah lagi la sakit dia. antibiotik 2 kena masukkan 6 kali sehari.. maunya xbengkak tangan dia. dah la kecik lagi. :(

1 more thing.. dia xleh makan coz pas makan ja muntah. makan memang berselera. tapi lepas 2 ja mesti akan muntah balik. aku rasa effect dr ubat dia kot. now kena tggu 2 minggu lg cam na. kalau xok lg dia akan kena operate. harap2 xla. aku kesian sgt kecik2 lagi dah penuh parut di badan. huhu

ari 2 xray paru2 dia still g2 lagi. sebelah mengembang. n salah 1 sebab jugak. dari effect dia mandi malam. ( nie part aku pun kecut perut sb aku pun mmg habit mandi malam. huhu )
cousin aku gtau nnt akan xray yg paling kuat if xok. xray yg paling kuat nie aku rasa yg scan masuk badan 2 kan. yang boleh detect segala2nya benda2 or kuman2 halus dalam badan. apa benda tah namanya. mri ke apatah.

good news today.. nnt dia dah boleh jumpa kami semua sb doktor dh bg permission utk dia kuaq kat depan. dekat pintu wad dia ada kerusi tempat rest tgk tv semua. so dktor dh bg permission utk dia p dk kat c2 if org nk jumpa. b4 nie xblh sb dia pakai oksigen lg. skrg dah xpakai. so pas nie blh la abg n kak dia ubt rindu depa. dah lama sgt x jumpa.

ok la setakat itu saja dulu. besok aku nk p nnt aku update len. doakan utk hafiz ok. :)


notakaki : maaf.. penulisan aku makin hambar kan. bila bercakap pasal nie buat aku emo lebih. huhu ak try tuk update selalu psl hafiz. nk wat kenangan bila dia besar nnt blh dia baca balik apa yg jadi kat dia time kecil.. :)

No comments: