31 May 2012

Checklist Hari Jumaat : 10 golongan diusir dr Padang Mahsyar

  1. mereka diusir berupa kera.Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.
  2. mereka diusir berupa babi.Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.
  3. mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah.Mereka adalah golongan yang suka berdusta.
  4. mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekaka serta tidak berakal.Mereka adalah golongan yang riak bangga diri dan sombong.
  5. mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah ang menjijikkam.Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainana dengan perilakunya.
  6. mereka yang dihalau keadaan tersalib di pohon kurma dan neraka.Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menoyokng pemimpin yang tidak jujur.
  7. mereka dihalau dalam keadaan buta.Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.
  8. mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya.Mereka adalah orang yang menganggu jiran-jiran.
  9. mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat,puasa,solat dan sbgnya.
  10. mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas.Mereka ini adalah manusia yang syirik kepada Allah swt.

30 May 2012

jejalan di Padang Besar

org lain sibuk std tapi kami bertiga sempat lagi jejalan..tambah-tambah lg aku..mmg xsedar diri lg...4hb nk exam dh tp still x start study lg...apa penyakit baloq liat mana la mai kat aku skrg nie..huhu

kemarin (27may2012) kami plan nk p jejalan jap kt padang besar.teman umi coz dia cari tudung..aku juz byk beli makanan ja..coz tengah ketagih nk makan asam xsedaq diri nk exam.hoho

kol 10am mcm tue bertolak p..orang punya la ramai...skrg kan musim cuti sekolah so banyak orang luar..tapi aku nak pesan sapa2 yg plan nk p shopping kt padang besar jangan la p time cuti sekolah n weekend..mahal ok ! peniaga amek kesempatan orang ramai so depa jual mahal2..n lagi 1 time orang ramai tahap keramahan dan kemurahan hati depa nie berkurangan..dari pengalaman aku sendiri la..time p weekdays..oh kemain lagi baik n ramah lagi ekau..tawar menawar pun no hal..tapi time orang ramai..bila tawar menawar pun depa wat muka annoying gila.. macam-macam tol orang nie kan..

tapi aku xkesah sgt la coz kau jual mahal pun xpa..aku mmg xda duit pun nk shopping mopping..haha cuma aku da bekenana jean kt sana..lawa-lawa tol..tunggu next sem pulak la nk shopping pun..tapi next sem plan nk p bercuti ja..haha

ok meh nk share gambar cket..tapi gmbar kt padang besar xda pun..panas sangat.nk amek gambar pun xda mood..kamera dk peram ja lam beg...nie pun suma dr kamera cik zura..location kami pun kt masjid..haha






















Alhamdulillah..dengan adanya insan2 bergelar sahabat..aku masih mampu tersenyum walaupun plbagai dugaan yg menimpa..aku percaya Allah sentiasa ada buat hambaNya...




notakaki : di saat timpanya kesulitan..kita akan lebih kenal siapa lawan siapa kawan.. :)

28 May 2012

Allah sentiasa ada..

 Walau tdk ada ORANG menyayangi kita,,
TAPI ALLAH SWTada dekat di hati kita..

Walau tdk ada ORANG mencintai kita,,
TAPI ALLAH SWTsentiasa MENGASIHI kita..

Walau tdk ada ORANG menolong kita,,
TAPI ALLAH SWT ada MELINDUNGI kita..

Walau tdk ada ORANG merindui kita,,
TAPI ALLAH SWT tetap menunggu kita..

Walau tdk ada ORANG menjaga kita,,
TAPI ALLAH SWT sentiasa memerhatikan kita..

Walau tdk ada ORANG bersama kita,,
TAPI ALLAH SWTsentiasa ada menemankan kita.. :)




notakaki : nie sbnrnya umi post kt wall aku..ayat2 nie sgt menusuk kalbu ok..n mmg kena dengan apa yg jadi dgn aku skrg..aku dah xkesah dah dengan apa yg blaku kt aku dengan 'sahabat' itu..aku mmg redha dh n bahagia dgn khdpn skrg..tp aku sgt2 down bila something blaku dgn sorg insan yg sgt rapat dgn aku..dah dkt 6 tahun dh kami kenal.dr aku form 5 lg..apa2 pun aku kena sabar..n tima hakikat nie suma balasan atas apa yg aku kuat dlu..

22 May 2012

12 tidur yang sunat dikejutkan



Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.

Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)


Kelima:
Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”


Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)


Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.
Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.


Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت
من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)


Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)





notakaki : aku memang kaki tidur... :)

Doa ketika Dukacita dan Sedih



Setiap kali kita bersedih , Ingatlah Allah tengah menguji kita..dan Dia nak kita kembali pada Dia..

mohon ampun pada Dia..Dia Maha Pencipta..jadi kita sebagai hamba yang lemah..kembalilah la pada Dia..cintailah Dia..kerna Dia la yang plaing selayaknya...

Setiap kali bersedih , jangan putus asa kuatkan semangat..
yakin pada ketentuanNya..kerna dia tengah mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita..
dan yang pastinya Dia Maha Mengetahui yang mana baik n yang mana buruk untuk kita..


notakaki : onak duri itu perjalanan kehidupan yang semakin mematangkan kita sebenarnya.

21 May 2012

Debaran semakin terasa..Final Sem 4




bila slip exam dah kuar semakin berdebar-debar plak aku rasa...tapi malangnya debar ja lebih tapi study x jugak..haha tapi kali nie btol2 kena study awal coz aku ada 2 paper lam 1 hari..pagi petang plak tue,..memang meroyan la aku rasa..huhu pagi aku mengira..petang plak aku hafal kes segala bagai..adoiii...

nak merungut lebih pun x boleh kan..tapi tue la namanya Universiti Pengurusan Terkemuka..tapi apa-apa pun aku bangga jadi warga uum..hahaha 

hitung punya hitung aku ada lebih kurang x sampai 2 minggu lagi nak start final..tapi aku x ready apa pun lagi..huhu ikut plan besok dah nak start std..tapi memandangkan time sekarang (4am) pun aku still x lelap mata lagi..so keberangkalian untuk aku bangun awal pagi esok mmg agak tipis..haha


hujung minggu nie lak aku nak balik umah..coz myb lam musim exam nanti aku nak stay terus cni..tapi aku nie memang lemah sangat bila part mak aku call n tanya aku.. 

'Adik , xmau balik ka....nak balik mak nak p amek ?'



uwaa..aku mmg lemah mak tanya gini..walaupun hakikat kalau ikut mak tanya ja nak balik ke x..tapi aku tau bila mak dah tanya tue means mak memang nak aku balik la..myb rindu teramat sangat kat anak kesayangan dia nie kot..haha tapi kecuali la aku mmg ada hal urgent gegila..mmg xdapat nak balik la...

lagi 1 aku mmg serba salah kalau mak tanya g2 , coz kalau aku x mau balik  aku fikir aku nie dok sekankang kera ja dari umah..tapi dah demand xnak balik..len la kalau aku dok KL ka London ke kan..

n aku harap sangat if one day aku kerja luar pada kedah..aku tetap xkan lupa jenguk mak ayah kat kampung..aku harap sangat aku x terlalu fokus pada kerja sampai lupa tanggungjawab.sekarang mmg kita mati-mati xnak jadi benda cam tue kan..tapi sampai satu masa Allah nak uji kita..Dia lambakkan kita dengan wang ringgit , Dia berikan kita pangkat dan darjat tuk uji kita...silap perhitungan maka jauhla kita dari keluarga..Ya Allah..mmg aku minta simpang la semua tue..harap-harap aku terus pengang pada prinsip hidup aku..mak ayah nyawa aku..

ok aku tahu sekali lagi aku dah lari tajuk..hahaha


ok la balik pada exam...start 4hb aku dah ada paper.n lagi tue UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA ini jugak tiada study week lagi utk semester ini...maka akan berlaku la lagi kecelaruan minda buat pelajar macam aku yang jenih std last minute nie...adooiihaiii...

apa-apa pun doakan aku berjaya ok...dean list mmg aku x harap la..dengan subjek yang gila tough nie..cukup la still 3 above n pass suma subjek...tue pun dah bersyukur sangat-sangat dah... :)


ok nak tido..nanite.. :)



notakaki : cepat sangat masa berlalu..now tinggal 2 sem lg tuk aku abehkan degree..InsyaAllah..doakan aku okeh..maaf n halal segalanya... :)

link dah bertukar...

wat entry bajet macam berjuta orang baca blog aku kan..tapi xpa ada aku kesah ? haha tapi kan bila tukar link blog ramai jugak orang pakat tanya..eh napa private blog ? eh dah x menulis ke ?

wah upanya ada jugak orang baca blog cikai aku nie kan.. terharu kejap ! =)


sebenarnya ada beberapa sebab aku terpaksa tukar link blog..reason utama ialah aku nk privacy kan hidup aku ckit..mcm aku mention sebelum nie aku menulis bukan sebab nak orang baca or nk orang puji segala bagai..aku tulis sebab aku MINAT  menulis dari aku kecik lagi.. kalau x caya ce try tanya mak aku..even dulu kalau aku majuk dengan mak aku pun aku tulis surat pas tue aku letak ja kat tepi bantal aku..n aku pura-pura tido..konon-konon nak bagi mak aku terbaca la..sedangkan memang aku sengaja nak bagi mak aku baca..haha

lawak tol ingat kisah time kita budak-budak kan..tapi tue la pengalaman n saat dalam perjalanan hidup kita yang sangat-sangat bahagia..hidup penuh kasih sayang...

eh dah tukar topik dah aku nie..ok balik pada cita tadi..aku mmg nak privacy cket..and ada jugak reason lain tapi biarlah rahsia bak kata mak iti..hehe

sekarang ada 2,3 orang ja tau tue pun kawan-kawan terdekat..bukan kat blog ja kt twitter pun aku x ramai follower n mmg aku xnak ramai follower pn,,nnt terbatas apa aku nak cakap..haha aku follow pun kebanyakkan artis..yla aku kan gila glamour..hahaha

lagipun aku fikir balik..lebih baik kita kurang bercakap daripada kita banyak bercakap sampai kadangkala boleh mempamerkan keburukan kita sendiri..

ok dah xtau nak cakap apa dah,,mulai saat nie 1 Rejab 1433H...aku mmg nak mulakan hidup baru..berjuang demi Allah dan mak ayah aku...doakan aku berjaya tuk final nnt yer.. :)




notakaki : pengalaman walaupun pahit ia tetap meninggalkan kesan buat kita.mcm kita makan ulam pucuk mengkudu..pahit kan..lepas kita telan berjag2 air pun tetap asa pahit.. aku tau xda kaitan..hahaha

Kedatangan Rejab

Sabda Nabi s.a.w.:

Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.


Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribukejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu.
Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan rejab akan mendapat ganjaran,

tetapi kita jangan pula berhenti dari beribadah di bulan Rejab , Imam Nawawi ada berkata :

 "Dan tidak ada satu hadis pun yang menunjukkan fadhilat berpuasa pada bulan rejab, dan tidak ada juga satu hadis yang melarangnya, tetapi asal hukum berpuasa adalah sunat, - yakni setiap masa –". Dan Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui.


notakaki : Rejab bulan menabur benih.

17 May 2012

cermin diri



sekarang nie aku tengok makin ramai orang suka bercakap dengan cermin.

maksud aku beria-ia bagi nasihat , kondem orang , kata orang , warning org n apa-apa lagi..

konon-konon dia ja yang betul . orang salah.

tapi hakikatnya dia x sedar . apa yang dia dok kata orang bagi nasihat kat orang tue la yang dia dok buat.

so better cermin diri n scan hati dulu before cakap dengan megahnya kat orang lain.

jangan cuba nak menjatuhkan dan memperbodohkan orang lain sampai x sedar diri sendiri yang dipandang hina n bodoh.

hidup dalam dunia nie simple je..kau cakap pasal orang . one day kau pulak akan jadi macam tue.jangan terlalu meninggi diri n ego dengan apa yang kita ada..itu milik Allah. Ingat tue !

hidup nie macam roda.ari nie kau bergembira atas kesedihan orang lain tapi esok lusa.kau akan rasa jugak apa yang orang tue rasa.Allah Maha Adil.

so jangan menjadi bodoh sombong.bersederhana la dalam semua hal.

yang penting mohon pada Dia..tunjukkan yang betul.

lembutkan hati . lapangkan dada.

sekian terima kasih.....




notakaki : ini blog aku , itu fb aku , itu twitter aku.so sukahati aku la nak cakap apa pun..hahaha

16 May 2012

Wordless Wednesday




Bila kita rasa diri kita ditimpa dugaan yang hebat , ingat masih ada orang lain lagi yang tersangat hebat dugaannya daripada kita .

Bila kita rasa kita x cantik , ingatlah ada orang yang x sempurna fizikalnya .

Bila kita rasa kita miskin , ingatlah masih ramai lagi miskin pada kita.

Bila kita rasa kita x pandai , Ingatlah masih ada orang yang x berpeluang macam kita.

Bila kita rasa Allah x adil , Ingatlah Allah sedang mengatur sesuatu yang yang lebih baik buat kita .


notakaki : sama-sama la kita doakan semoga Allah kuatkan saudara seIslam kita dibumi Palestin .




14 May 2012



Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari , Dia datangkan kita dengan kilat & petir .

Kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari .

Rupa-rupanya Allah nak berikan kita pelangi .




notakaki : dulu aku x rasa apa pun dengan kata-kata nie..tapi sekarang baru terfikir n merasainya.Alhamdulillah..Allah sentiasa merancang sesuatu yang terbaik untuk aku disebalik dugaan yang berlaku .Syukur padaMu Ya Allah.. :)

Hidup ini hanya sementara


13 May 2012

Lagu Ibu by Rafly (OST Hafalan Shalat Delisa)



Sempena Hari Ibu..meh kita hayati lagu nie..sangat sedih.

movie nie lagi la sedih..nnt aku upload..aku tengok sampai mengalir air mata..huhu

bukan aku nak puji la..orang Indon selalu buat lagu-lagu yang betul-betul bermakna maksud aku banyak sangat mesej yang tersirat..ada ciri islamik , akhlak n yang paling penting peringatan buat kita untuk sentiasa dekat dengan Allah swt.

bukan macam orang kita , kebanyakkan buat lagu asyik pasal cinta ja kan..tue pun sibuk nak boikot lagu dari seberang..aish.

ok la hayati lagu nie okehh.. :)


notakaki : saya sayang mak sy kerana Allah. lebiuu mak !!




10 May 2012

susah nak jadi sempurna di mata orang lain

dah memang tertulis kan xda manusia yang sempurna..

sebaik mana pun kita nak membahagiakan orang lain , ada masanya kita xkan dihargai jugak.

x tahu di mana silapnya..mungkin kita nie xbermakna , x penting pun .

so boleh ditolak ke kiri ke kanan , malah dipijak sekalipun.

tapi sedarlah....

kesabaran setiap orang ada batasnya..jangan ingat orang diam dia merelakan apa yang kita buat.

dia diam sebab xnak benda makin menjadi keruh , xnak keadaan akan menjadi semakin rumit..

kata-kata lebih tajam daripada pedang , kita bisa menuturkan apa yang kita rasa.

sampai kita terlupa nak fikir apa akibatnya..hinggakan memakan diri kita sendiri.

so jalan terbaik lebih baik kurangkan bersuara..bercakap apa yang perlu.

dan yang paling penting berfikir sebelum bertindak.

  "  put yourself in their shoes "


cubalah jaga hati orang yang menyayangi diri kita.
kerna dia itulah yang akan bersama tika suka dan duka kita nnt.



notakaki : maaf , sy sgt kecil hati dgn apa yg kamo buat . so biarlah sy mendiamkan diri wat sementara waktu , itu lebih baik daripada melepaskan apa yang di hati. tapi hakikatnya sy tahu saya bukan sapa-sapa pun buat kamo..

8 May 2012

kuatkan my bestie.. :)


Buat my bestie forever n ever..kuatkan semangat yer yunk..ini suma dugaan dari Dia..Ida kuat sebab tue Alalh uji ida macam nie..tabah yer.. :)

nak dekat dua tahun dah kami kenal..ida la kawan terbaik aku..sentiasa ada masa aku susah dan senang..bukan aku saja tapi kawan-kawan lain pun dia tetap di sisi.sentiasa menghiburkan orang lain..sentiasa buat orang tersenyum dengan keletahnya...

ida yang aku kenal x pernah bersedih..nangis jauh sekali..aku ja selalu nangis kat dia..aku kan cepat emo..haha
ida anak tunggal tapi sikap dia langsung x nampak yang dia anak tunggal..sangat berdikari.jauh sekali nak merengek n manja x tentu pasal.jauh sekali nak homesick..berbeza gila dengan aku yang setiasa homesick walaupun rumah sekangkang kera ja..haha

ida mudah rapat dengan orang sebab dia tersangat ramah..orang x kenal pun dia selamba cakap..hampir semua family aku dia dah kenal..sekarang pantang aku balik ja mesti depa tanya keadaan ida..nak wat cam na dah jadi kesayangn family aku..hehe

sekarang ida ditimpa kesulitan..aku tau dia tersangat down..tapi dia x tunjuk..dia boleh wat cam xda apa-apa.sedangkan masalah tue terlalu berat..kalau aku kat tempat dia aku xtau la macam mana aku nak hadapi..uishh....aku memang lemah nampak ja gagah perkasa..huhu

sabar yer yunk...insyaAllah xda apa-apa..kita doakan yang terbaik yer..ida kena terus kuat.ida semangat ma dan ayah...jangan lupa masih ramai lagi orang sekeliling ida yang sentiasa support ida..jangan pendam sorang-sorang ok...ida sentiasa ada bersama t..n t pun akan sentiasa bersama ida..kita dah macam adik beradik dah yunk..ida 'sakit' t pun rasa 'sakit' tue..kita hanya mampu berdoa yunk..Allah Maha Mengasihi..Dia pasti dengar doa kita.. jangan sedih-sedih ok...nanti x comel dah la...hehe








notakaki : Ya Allah..ku mohon padaMu..berilah kesempatan kepada sahabat kesayangan aku ini terus tersenyum..aku terlalu menyayanginya Ya Allah..Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


5 May 2012

sakit berlarutan

sebenarnya xda apa pun nak update..saja boring sementara tunggu mak balik nk ntaq aku lek uum..mak xbg lagi aku balik sana sb keadaan aku x ok lagi..tp kena balik jugak sb ada asgmnt yg kena submit minggu nie..semoga aku terus kuat...aku x penah lagi sakit sampai lama gini..abeh kuat seminggu..tapi nie dah seminggu lebih..

sakit tekak sgt cam dihiris-hiris...batuk tok sah nak cakap la tambah-tambah ag time malam..mmg x tido la aku..bila batuk ja perut n tulang belakang aku akan sakit...huhu
sekarang aku cepat letih...bila kuaq jalan pun kak yang akan drive aku baring ja..mmg berbeza ngan aku dulu sb dulu aku lebih suka drive sb bila orang drive aku mudah pening kepala..sekarang orang drive ke x drive ke mmg aku sakit kepala pun..huhu

member kawen pun aku xp..rugi2..huhu

aku mmg xlarat sangat..nak kata demam aku x demam sgt pn..tapi badan aku lemah.aku asyik tido ja.makan lak mmg asyik makan tapi tunggu ja la setengah jam lepas tue mmg  terkeluar balik la apa yg aku makan..huhu

aku harap sangat keadaan aku semakin ok...hujung minggu nie dah ada program..xbez klu buat keja dalam keadaaan macam nie..huhu

ini semua dugaan..aku harap aku kuat.. :)

Bila kita sakit , 3 benda Allah ambil dari kita..Kecantikan , selera makan dan dosa.
Bila dah sembuh Allah pulangkan balik semua kecuali dosa kita.


notakaki : doakan aku sihat.. :)

2 May 2012

kasut melayang

nie cita minggu lepas tapi aku baru nk update...besa la i kan bz...(saja wat-wat bz..ahaha )

Alkisahnya begini..minggu lepas kan student Uitm cuti so aku pun spent time jap jumpa 'sahabat sejati' aku nie..dah lama ok xjumpa...dia kan rindu i..so paksa-paksa i kuar ngan dia..hahaha

gurau ja..aku pun nk jumpa dia jugak coz dah lama x sembang-sembang..so kami pun decide ari jumaat lepas nak jumpa.sementara nak jumpa pun macam-macam hal jadi tau..yang banyaknya aku la yang wat hal..haha

rupanya memang semua tue petanda yang akan jadi 'something'..

aku nek bus p AS n dia terus p sana sembahayng jumaat dulu..

Maka bermulalah alkisahnya..haha

tetiba pas sembahyang dia text aku ' kasut fiz hilang '

aku pun terkejut la kan...tapi terkejut ja la xda aku tolong pn.haha dia kat masjid aku kat shahab gena nak tolong.. (alasan )

last-last pak cik kat masjid tue bagi dia kasut masjid..haha

pas tue mula la round city plaza nak cari kasut.sementara nak cari kasut isi perut kat Mcd dulu.nak makan pun x senang ok jap-jap dia dok teringat kasut dia..aku nak makan bubur ayam Mcd tue pun asa cam makan kasut..cam nak ja amek kasut aku bagi dia makan..hahaha

dok tengah syok-syok makan tetiba dia cakap kuat 'ala stokin Adidas tue..baru basuh lak tue '

adoiii haiii..aku ingatkan apa la tadi... huhu


last-last aku tanya dia kasut mana pakai ? mahal ke ?

dia kata kasut baru beli dekat 100 jugak la...ooo...last-last aku baru dapat tima napa dia meroyan sangat..haha kasut mahal upanya... haha

dah abeh meroyan kat Mcd tue..sekarang dia dok meroyan nak beli kasut baru plak..punya la susah.dia punya pikiaq tue macam nak beli Ferrari sebiji ja..pusing punya pusing..pk punya pk last-last dia dah decided nak beli kasut mana..cun jugak kasut tue aku pun berkenan...taste aku jugak la.tapi before tue taste aku caler pink tapi dia xmau..hahaha



mari kita tengok gambar 'mangsa masjid' nie....





kasut coklat tue kasut masjid..haha stokin pun x nyempat-nyempat nak beli dah..aku suh ja beli stokin murah Hello Kitty..dia xnak..hahaha



kesian sapa yang excited p buka kotak nie..myb ingat ada kasut zara tapi syg kami boh sampah..hahaha




last-last apa yang aku dapat simpulkan atas apa yang terjadi nie..dari segi shopping orang laki ngan pmpn sama ja..orang laki memang jarang shopping tapi sekali shopping semua barang brand..barang mahal.perempuan lak memang gila shopping tapi pmpn jenis x kisah sangat...stokin 3.90 ja..kasut baju hat mana yang longgok pun beli ...xkesah.nie aku cakap dari pandangan aku la..n perangai aku sendiri memang cam ne...aku x kesah sangat brand..barang-barang brand nie kalau aku minat sangat ja baru aku beli..yang mana longgok lelong memang aku laju..haha

dulu pun aku penah beli sandal dekat kedai biasa ngan kedai Bata..kasut memang design sejibik...yang lennya myb kualiti la kan...x silap aku yang beli kt pasar malam tue RM 15 cam tue ja..kat Bata dekat RM40 jugak.tapi yang aku beli kt pasar malam tue la yang tahan lama..yang Bata tue kena hujan sekali ja terus mengelupas..yang kat pasar malam tue buka setakat hujan,.ribut angin taufan ok ja pun..


see ? bagi aku mana-mana pun xkesah.kadang-kadang kalau kita beli kasut murah tapi kita pandai pilih n gayakan kasut tue akan nampak mahal..x caya..ampa try..haha tapi bukan aku kata Bata xok..Bata mmg ok.aku memang suka terutama Heels dia sb sangat selesa.n harga dia pun ok berpatutan la ngn aku student lagi nie.. :) kau nak bergaya sakan tunggu la pegang duit sendiri nnt..stkt duit mak ayah xpyah la nak over sangat..kalau anak datuk tue len cita la kan..




notakaki : kadang-kadank kata hati tue benar..macam fiz dia dah x sedap hati dah pasal kasut dia nie..last-last betul kasut dia hilang.siap nak bawa selipar lagi tapi malas punya pasal x jadi bawak..last-last kasut hilang.haha apa-apa pun jadikan pengajaran yer...jaga-jaga ada mata yang memerhati...hahaha


1 May 2012

Demam

                  


hari nie dah masuk 4 ari dah demam..tapi harus gagahkan diri jugak coz banyak benda kena settle...ada asgment yg kena submit..naseb baik minggu lepas mid term suma dah abeh kalau x merana la badan nak study dalam keadaan macam nie...huhu

badan dah ok cket..masih mampu melangkah ke kelas...tapi suara dah ke laut...huhu
aku xtau la kalau ayah aku dengaq sora aku gini..mampus kena beletiaq weh..sb ayah mmg x bg kami suma selalu minum ais..tambah-tambah ag aku sb aku mmg kuat minum ais..kol 2 ,3 pagi pn aku dk wat aiq ais lg..siap tokak-tokak ais lagi..dah jadi habit dh.. :)

minggu lepas ayah dah siap tegur mak dah sb mak beli flask aiq yang boleh tahan ais tue..ala macam flask orang boh nasi tue tapi flask nie comel kecik ja..kt padang besaq banyak..haha
 ayah tegur mak jangan bagi aku minum ais sangat xelok...tapi mak beli jugak sb mak tau aku ngan ais memang xboleh dipisahkan...haha 

tapi sekarang tima la padahnya...sora dah x keluar..so harus banyak berdiam diri daripada biarkan orang lain terkejut dengar suara aku..haha 

esok aku balik umah n nampak gaya suara aku memang xakan ok lagi..sepatutnya kena minum air masak banyak-banyak kan tapi ari nie aku posa.tapi kalau aku x posa pun macam la aku nak telan sangat air masak..air ais jugak aku hadap..so better aku posa... :)

ok la xtau nak merapu apa dah..setakat itu saja laporan lintas langsung dari Library super awesome uum nie.. :)

japg ada klaz tapi aku stay cni settle apa yang patut supaya leh balik kampung dengan amannya.. :)

ar ada 1 lg...why kedah kalah semalam...walaupun aku x minat sangat bola tapi aku ttp frust..besa la anak jati kedah ok... :) apa-apa pun besa la adat bertanding kan..yang aku xpaham tue orang kita bila dah menang bangga puji bagai nak rak tapi bila mai kalah kutuk qapat...cakap senang la ooi...cer ampa yang dok tengah padang tue..nie setakat nak sorak ja..boleh la cakap...tetiba emo lebih aku nie..hahaha




notakaki : tq pada suma sahabat yang mengambil berat..lebiuu !